hai dan assalammualaikum.
harini memang malas gila nak pakai capital ke pe, so aku ikut je eh. hahaha tetiba. okay, semalam aku pergi port dickson. ye gais dekat je tak jauh pun, bajet aku bawak pun 30 je, tak lebih tak kurang. balik dari pd semalam adalah lebih 3-5 ringgit. okay ceni memula, naj and geng senanya nak pergi pd sbb nak buat keje projek koko kitaorang. memang setiap group kena buat projek for our markah koko. tapi tuk pengetahuan semua, aku bukan geng naj. *hahahahahah* geng naj ialahhhhhh naj,sarep,raqib,fazirul,fadzli,nina,aini,anis, dan rammiah, tapi malangnya rammiah takdapat pergi sbb dia ada tuisyen. hahaha okay. masa perancangan tu, aku cakap dengan naj yang aku nak drive aku nak ikut sekali ah kiranya, tapiiii aku nak bawak yg non-geng. ha faham tak?
memula rancang nak pergi dengan putut fazillah dengan aliah. senanya before tu memang dah rancang nak pergi pd dengan dorang dan tetiba naj kata dia nak gi projek kat pd, ha aku pun pe lagi nak saing ah en. pastu memula naj kata nak pergi tengah hari, pastu tak jadi sbb fazirul malas nak drive tengahari. ha pastu gerak ah pagi, bila nak gerak pagi, aku okay jelah sbb abangah balik malam before semalam en, so senang ah. pastu tetiba putut emergency dia balik kampung. pastu aliah kena tolong bapak dia pagi tu.... fazillah lak, memang aku nak bawak tapi entah kenapa tak bawak dia hahaha *sorry fazillah* kan rammiah takdapat pergi, pastu tetiba naj kata,
"sa', nak ikut pd tak? kau naik fazirul,"aku apa lagi, haa okay okay. cakap gi pd hari khamis, hari jumaat rancang nak pegi mana, pastu sabtu(0309) terus gerak. memula kumpul kat mcd forest. aku datang kul 10 lebih centu ah, padahal janji kul 9.30. jhahaha ala biasalah haha. okay pastu aku datang pakai baju badar kuning dengan tudung hitam dan kasut sukan biru nike tu ha. aku suka kasut tu tapi sbb semalam, aku dah takde pakai sbb tapak dia dah jahanam, mak ai sedihnya okay dah dah. pastu tunggu ah yg lain kat mcd tu en, masa aku datang tu, dak perempuan semua dah sampai kecuali aku hahahaha, dan dak laki yang belum sampai raqib,fadzli dengan sarep. naj kata, kalau fadzli dengan raqib bergabung memang dua kali ganda lambatnya hahahaha, okay pastu bila diaorang dah sampai, kitaraong terus gerak ah. pastu si raqib dengan fazirul driver. haa, pastu anis kata dia taknak naik fazirul sbb fazirul usik dia pasal ex anis haaa pastu tengah pilih siapa nak siapa en, pastu tetiba anis tarik aku.
pastu aku diam jelah, anis suruh aku naik raqib dengan dia, aku diam jelah. pastu cam serabut sikit, last last perempuan semua naik fazirul kecuali aku dengan anis, dak laki semua naik raqib. pastu bergerak lah kami.... hahahaha sepanjang perjalanan tu omg, sumpah rasa nak muntah sbb dorang ikut jalan dalam. dengan kereta avanza raqib tu tinggi, maigad sumpah nak muntah. pastu aku cam diam jelah dalam kereta tu. pastu aku tanya anis,
"nis, kau tahu senanya en?" pastu dia cam blur jap, pastu aku tanya lagi, "pasal tu kau tahu en," pastu dia senyum, dia kata "kalau listening muet aku boleh dapat 8/10 inikan pula benda yang kau selalu cakap. tapi aku diam jelah sbb kau tak story kat aku." aku senyum jelah, senanya aku tahu dia tahu sbb dia bila dengar kitaorang cakap dia cam diam pastu muka dia cam faham so aku biarkan jelah. patutlah semalam dia mention nama aku naik raqib. *senanya gais aku ada dengar gak raqib sebut nama aku, kay sukati aku ah nak perasan ke pe*
pastu dah sampai pd, aku cam acah-acah muntah ah bila aku dah turun kereta tu. hahahaha acah je tak muntah pun. pastu mula ah berjalan dekat muzium askar tu haaaaa, pastu masuk sini sana dan maigad masa tu panas nak mampus haha. aku cam teruja tau sbb tu first time aku masuk. aku tengok tanker dia jet dia lagi, maigad aku nak naik memang takleh ah, pastu ada jambatan gantung, uish makin excited aku, jambatan tu peh memang gayat ah aku hahahaha. tapi seronok siaaaa nak lagi best kena pergi cina ah jambatan kaca hahaha. pastu seronok memain semua bila dah peluh masuk ah tempat pameran cam berair-cond. *aku main jambatan gantung BERDUA dengan raqib kay, kbye.* tapi still ada dorang dekat belakang. hahaha masa masuk pameran tu, lahi aku excited, ada senapang bagai pehhhhhhhhhh seronoknya, aku masuk tempat zaman melaka, ada a famosa tapi lagi best kalau pergi yang original ah.
ha pastu dah penat jenjalan, badan pun dah reda panasnya, gi solat jap. solat zuhur, pastu gerak ah gi makan. masa cari makanan ni bapak kelakar sia hahaha sbb dan dan semua kedai nak tutup, pastu fadzli marah " org cuti ah buka kedai, ramai nak makan." hahahahaa pastu dengan jalan tak tahu, si raqib lak tak dengar bila org suruh belok kanan or kiri, pastu bila dah terlajak bagai, dan akhirnya dia sendiri stress. hahahaha pebenda ah, siap kata dada nak meletup. haahaha stress sangat tu, bila dah makan tu, geng raqib dengan fazirul kena pisah sbb fazirul malas nak patah balik dekat kedai tu. bila aku dah nampak raqib cam stress semacam, aku bagilah cadangan "kasilah aku drive."
pastu dia cam boleh ke? sorry eh, aku ada lesen. hahaha then aku drive ah sampai superbikefest! yg ni lagi exciteddddd wuuuu, hahaha banyak gila motor besar, lawa sia, siap dengan sut bagai, tapi aku takdelah nikmati sangat sbb panas terik sia.
pastu kami gerak pergi pulau burung....dak laki nak mandi, haaaa okay kita kasi dia mandi hahaha, aku memula cam cadang nak duduk ah kat batu tu en, sekali aku cam best je kalau main celup kaki, pastu aku pun celup ah kaki, last last dah sampai paha hahahahahaaha, dah best en mana tahu. hahaha mandi mandi mandi, raqib dengan fadzli je siap terjun bagai hahahaha, lepas aku dah puas celup kaki tu, aku duk ah kat batu tu, nak keringkan kaki en, pastu aku dah start sakit kepala.
dah settle solat asar tu, kitaorang lepak makan cendol lak, pastu aku cakap dengan raqib yang aku nak gi starbucks waterfront, okay pastu kitaorang gilah solat kat masjid jap, haaaa lepastu terus gerak waterfront, pastu order starbucksssss, peh aku memang puas hati ah malam tu sbb dapat apa aku nak en, ICED CARAMEL VANILLA LATTE GUYSSSSSS!!!! sedap namati, anis order greentea, haa sedap gak tu. dah beli tu, aku baik hati ah kasi semua org indirect kiss hahaha, kasi ah dorang minum en, sedapppp gilaaaa haha eh over lak aku.
pastu kitaorang order mcd lak sbb dah lapar sangat en, pastu berpicnic ah kat tepi tu, org pun tak kisah. hahaha pastu aku dah excited tengok budak tu main belon yang buih tu, omggg besrnyaaaa tapi aku kasi ah dorang makan dulu, sambil borak-borak hahahaha.
dah settle makan, pe lagi main ah buih lak, peh memang syok gila ah. aku takleh nak describe ah bestnya cane semalam. best gilaaaaaaaaaa. main punya main, dah lupa nak balik tu yang sampai lambat hahahaha.
okay dah. pastu kitaorang pun balik. raqib dah penat drive sbb dia mandi pantai en, so dia memang paling penat ah ceritanya sampai simpang mana satu betul pun dia tak tahu. ha last last dak ni suruh aku drive sbb raqib dah gila masa tu. so aku drive ah, pastu dorang teman aku dengan karok kuat kuat, sumpah kelakar hahaha. dengan lirik salah, dah cam mencarut dah aku dengar haha. kereta avanza tu en, cam senang gila jatuh em takut aku, tapi still aku syok sbb bawak laju, lagi lagi kat highway, haih gila aku bila tengok org asyik potong aku, bila aku nak potong en, mula ah raqib cam dah risau, aduhai sayang naa *okay geli, kbye,* dah sampai dah tu, ada satu kali tu, aku silap jalan , pastu aku terus buat uturn dan nasib baik tak terlanggar tembok, aku dah cuak... risau si raqib ngamuk tapi..... dia boleh kata "pehhhhhh gila siallllllll power bhaiii." dia cam excited aku buat uturn tu, hahahaha bengong. aku ingat dia nak marah ke pe. kira okay ah, pastu dah hantar naj, tukar driver lak ah, raqib drive balik kereta dia. dan akhirnya semua selamat sampai rumah. sampai rumah dalam kul 11 lebih, kau bayangkan eh, gerak gi pd 11 lebih, balik pun 11 lebih hahaha. memang piaw ah semalam, excited bhai akuuuu okay nanti pas trial lagi sekali, yeay!
xoxo, Nisarottu.








